Permata Hatiku

Tanggal 21 November 1984, 11.00 malam lahirnya seorang bayi lelaki yang sihat tubuh badannya. Dirangkul oleh si ibu dengan penuh kasih sayang. Ditatap dan dicium berkali-kali bayi itu. Setelah 9 bulan 10 hari menjaga amanah dan kurniaan ALLAH itu, akhirnya bayi itu selamat dilahirkan. Gembira si ibu terpancar di wajahnya. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, akhirnya bayi itu lelaki itu membesar dengan penuh belaian kasih sayang dari seorang ibu dan ayah. Ditakdirkan juga, bayi lelaki itu membesar sebagai anak bongsu, anak yang terakhir dalam keluarga, dan ditakdirkan juga, dialah seorang anak lelaki dalam keluarga.

Continue reading

Mahar dan Himar

Pranggggggggg!!! Bunyi pinggan jatuh bertebaran di dapur. Pecah lagi pinggan. Masuk ni dah 3 keping pinggan melayang. Mungkin bukan rezeki untuk menggunakannya dengan tempoh yang lama. Romzi berkejaran ke dapur untuk melihat apa yang sedang berlaku. Sesampai je kat dapur, dia melihat Anas dalam keadaan terkedu kedat. Wajahnya seakan-akan terkejut. Tapi Romzi tak tahu apa yang dialami oleh Anas.

“Kau ok ke Anas? Nampak macam terkejut je?” Tanya Romzi. “Aaaku…aku..” Anas cuba menyatakan, tapi luahan kata-katanya dalam keadaan tersekat. “Ko kenape? Macam nampak hantu je.”

“Aaaaku…aku nampak..besar, berderau darah aku.” Luah Anas. “Yelah, ko nampak ape?” Tanya Romzi lagi. “Aaaakuuuu…aaku..nampak tikus. Besar giler. Tak pernah aku nampak tikus macam tu besar kat Malaysia.” “Tikus? Wawawakakakakakakakakaka. Ko ni buat hal Anas. Nampak tikus rupanya. Gaya macam nampak jenglot. Hahahaha.” Terkedu-kedu Romzi menahan gelak. “Ko boleh gelakkan aku. Ingatkan nak cuba tenteramkan jantung aku yang sedang berlari dengan laju ni.” Anas seakan kecewa dengan perbuatan Romzi.

Continue reading

Ratapan Kubra: Bahagian Dua

Oleh: TaKdiR iLaHi

“Lagipun, buat masa sekarang ni, aku selesa dengan apa yang dah ada, dan keadaan aku sekarang menggembirakan aku berbanding waktu dahulu.” Sedikit cetusan hati yang tersirat sejuta satu lirikan warna kehidupan. Laluan sepanjang dua puluh enam tahun sedikit sebanyak tersimpan noktah indah terselit duka jiwa. Insan yang bernama manusia kehidupannya berputar dalam drama dunia, drama berjiwakan Ilahi atau berpaksikan si penderhaka syurga. Berjiwakan Ilahi mengikut sirat wahyu agung bersama kalam kekasih Allah bernama Muhammad. Pastinya tercatit hasanah hasil congakan malaikat bernama Raqib.

Jika si penderhaka syurga melaungkan nikmat dunia maka timbangan `Atidlah yang akan menjadi peneman neraka Allah.

Continue reading

Makin Merangkakkah “Dunia Islam”?

OLEH: TakDiR iLaHi

Dunia sudah semakin uzur dengan usianya yang telah begitu lama berkhidmat kepada makhluk yang bernama manusia. Banyak perkara yang manusia buat kat dunia. Sampai hancur dunia, hilang keindahannya, hilang kemakmurannya. Yang dihilangkan kemakmurannya adalah ‘dunia Islam’. Hari ini, ‘dunia Islam’ semakin sakit, tenat dan luluh keadaannya dek ‘dunia barat’ dan ‘dunia Yahudi laknatullahi alaih’. Makin hari makin rosak ‘dunia Islam’ dek sentuhan tangan-tangan durjana mereka. Tangan-tangan mereka yang setiap hari mengambil nyawa, ekonomi, kemakmuran, maruah dan keagungan ‘dunia Islam’.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah, ayat 51 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Perancangan ‘dunia barat’ dan ‘dunia Yahudi’ adakah telah sampai kemuncaknya? Insan yang kerdil ini cuba memperkatakan isu ini.

Apa yang berlaku pada ‘dunia’ hari ini adalah hasil perjuangan hitam ‘dunia Yahudi’. ‘Dunia Yahudi’ yang telah memulakan dakyah berdarah mereka dalam setiap bentuk dan perjalanan ‘dunia’. Baik dari sudut ekonomi, agama, sistem pentadbiran dan budaya. ‘Dunia Yahudi hanya menjadikan ‘dunia barat’ sebagai boneka permainan mereka. Menjadikan ekonomi ‘dunia barat’ itu sebagai jalan perjuangan hitam mereka.

Continue reading

Ratapan Kubra

Oleh: TakDiR iLahi

Jiwa menatap redup sayu sang awan yang berarak bersama angin dingin tika panas terik mentari. Awan putih yang gembira bersama ayunan merdu sang angin, tapi tatkala ianya hitam maka kesedihan akan menimpa tanah bumi. Air mata sang awan hitam yang mengalir bersama sambaran suara si petir yang ganas, menggamit seribu macam adegan manusia di tanah bumi. Tanah bumi yang silih berganti menerima tangisan sang awan. Silih berganti yang tetap dipanjat syukur pada PENCIPTA ALAM SEMESTA.

“Tatkala ku dahagakan tangisan Engkau hadirkan kepadaku, tatkala ku berduka kerana banyaknya tangisan maka Engkau hentikan raungannya.” Luah sang bumi kepada PENCIPTAnya. Alangkah gembirannya diri dengan nikmat Yang Maha Pencipta.

Continue reading

Doakan Kami

Assalammualaikum

Kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja yang melayari web ini, kami warga Universiti al-Azhar, Tanta akan menghadapi Peperiksaan Fasa 2  pada 17 Mei 2008 hingga 7 Jun 2008. Oleh yang demikian kami memohon doa dari anda semua. Doakan agar kami dipermudahkan dan diberikan kejayaan di dunia, akhirat dan dimudahkan segala urusan.

Wassalam.

GAZA SEMAKIN PARAH DIHUKUM ISRAEL

BANDAR GAZA 25 April – Tahap kehidupan penduduk-penduduk di Genting Gaza terus bertambah buruk ketika regim Israel bertindak menyekat bekalan bahan bakar dalam apa yang dilihat sebagai satu bentuk hukuman menyeluruh ke atas penduduk awam.

Menurut pertubuhan kemanusiaan, tindakan yang tidak membenarkan bekalan bahan bakar yang secukupnya memasuki Gaza adalah sekatan yang mencabul Konvensyen Geneva.

Agensi Bantuan dan Kerja Awam PBB (UNRWA) berkata, sektor kesihatan Gaza paling teruk terjejas apabila 20 peratus ambulans tidak lagi beroperasi dan 60 peratus lagi mempunyai bahan bakar cukup untuk operasi tidak sampai seminggu.

Continue reading