Selangkah Aku

Oleh: TaKdiR ILaHi

Selangkah yang aku lalui dahulu, sedikit sebanyak membawa aku ke satu arah yang aku sendiri tidak tahu kesudahannya. Langkah yang ku lalui sekarang, dalam perit bercampur gembira kerana jalan yang aku cuba cari telah ku temui. Sedikit sebanyak, noktah silam yang telah dilalui mampu digilap semula dengan nada dan suasana yang baru ini. Alhamdulillah. Detik hati Nazrul. Baringannya malam ini tidak selena semalam dan hari-hari yang sebelumnya. Walaupun jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi, namun matanya cukup ingkar untuk dilenakan.

Continue reading

Makin Merangkakkah “Dunia Islam”?

OLEH: TakDiR iLaHi

Dunia sudah semakin uzur dengan usianya yang telah begitu lama berkhidmat kepada makhluk yang bernama manusia. Banyak perkara yang manusia buat kat dunia. Sampai hancur dunia, hilang keindahannya, hilang kemakmurannya. Yang dihilangkan kemakmurannya adalah ‘dunia Islam’. Hari ini, ‘dunia Islam’ semakin sakit, tenat dan luluh keadaannya dek ‘dunia barat’ dan ‘dunia Yahudi laknatullahi alaih’. Makin hari makin rosak ‘dunia Islam’ dek sentuhan tangan-tangan durjana mereka. Tangan-tangan mereka yang setiap hari mengambil nyawa, ekonomi, kemakmuran, maruah dan keagungan ‘dunia Islam’.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah, ayat 51 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Perancangan ‘dunia barat’ dan ‘dunia Yahudi’ adakah telah sampai kemuncaknya? Insan yang kerdil ini cuba memperkatakan isu ini.

Apa yang berlaku pada ‘dunia’ hari ini adalah hasil perjuangan hitam ‘dunia Yahudi’. ‘Dunia Yahudi’ yang telah memulakan dakyah berdarah mereka dalam setiap bentuk dan perjalanan ‘dunia’. Baik dari sudut ekonomi, agama, sistem pentadbiran dan budaya. ‘Dunia Yahudi hanya menjadikan ‘dunia barat’ sebagai boneka permainan mereka. Menjadikan ekonomi ‘dunia barat’ itu sebagai jalan perjuangan hitam mereka.

Continue reading

Sebelum Aku Tidur….

OLeh: TaKDiR iLaHi

Jam dah menunjukkan pukul 1.20 tengah hari. Azan zuhur dah sudah berkumandang. Allahuakbar Allahuakbar…Merdunya suara muazzin ni dan semerdu panggilan dr Yang Esa untuk hambanya melangkah sujud bertemu dengan-Nya. Pertemuan yang tak sampai 15 minit lamanya, tp mampu melembutkan jiwa, menguatkan iman dan menjauhkan diri dr segala yang mungkar. Hebatnya panggilan yang diwajibkan pd hambanya 5 waktu dalam sehari. Cukup indah susunan Yang Esa. Benarlah firman Allah di dalam Surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat tu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”

“Eh, betullah. Takkanlah aku nak tipu. Memang betul si polan tu buat benda tu.” kata Izo. “Yelah engkau, entah-entah ko reka citer je. Takkanlah dia nak buat macam tu. Tak mungkin lah.” Luahan tak percaya dari Amin. Mungkin sebab Amin kenal siapa yang diperkatakan oleh Izo. Mungkin kawan dia, mungkin bukan kawan tp dia mengenali siapakah orgnya.

Continue reading

Yahudi dan Nasara Terus Perangi Islam

Oleh: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

KAUM Yahudi dan Nasara akan terus memerangimu dan merancangkan tipu daya terhadapmu. Mereka tidak akan berdamai denganmu dan tidak akan berpuas hati terhadapmu kecuali kamu meninggalkan dakwah ini, meninggalkan agama yang benar ini dan melepaskan keyakinan ini serta kembali semula kepada kesesatan, kesyirikan dan kefahaman mereka yang buruk sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Al-Baqarah: 120)

Continue reading

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut.” Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh.”

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh .” Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Continue reading