Sejarah Mak Jemah

Mak Jemah melangkah laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tak keruan wajahnya, berkerut dahinya. Penduduk kampung asyik memerhatikannya, berbisik sesame sendiri. Cik Latipah Gincu Hijau membisikkan sesuatu; “Kenapa ngan mak jemah tu?? Dari tadi aku tengok dia resah semacam je.” Terdengar suara mencelah; “Entahlah, aku pun tak tahu. Dengar kata anaknya dah tak pedulikan dia. Lama jugaklah anak dia tak balik.”

Cik Latipah Gincu Hijau mencelah lagi; “Eh, bukan ke anak-anak dia tu yg blajor sampai ke Amerika dulu. Sampai satu daerah dia citer. Duk puji anak dia.”

Sejarah Mak Jemah disingkap kembali;

Mak jemah mempunyai  empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Jendul, Jebon, Jambu dan Jamaah namanya. Semuanya pandai-pandai belaka, semuanya belajar sampai PhD dan mendapat pekerjaan yang hebat-hebat belaka. Semua penduduk kampung mengetahuinya. Tp disebalik kejayaan anak-anaknya itu, Mak Jemah terlupa untuk memberikan pendidikan yg menjamin anak-anaknya berjaya di dunia dan berjaya di akhirat, iaitu pendidikan agama.

Dari awal kehidupan anak-anaknya, tidak sedikit pun diberikan pendedahan dan didikan agama. Anak-anaknya tak mengenali masjid dan surau, tak mengenali huruf-huruf al-Quran apatah lagi utk membacanya. Tak diajar tiang dalam agama, iaitu solat. Tak di ajar utk mengenali Sang Pencipta. Apatah lagi untuk bersyukur kepada-Nya. Yang hanya keluar dibibir Mak Jemah; mak nak semua anak-anak mak belajar pandai-pandai, dapat masuk universiti, dapat kerja yang hebat-hebat, dapat kahwin dengan orang hebat-hebat, dapat beli apa yang kamu nak,bila ada duit yang banyak. Dari kecil, hinggalah anaknya besar, sehinggalah anaknya belajar, itulah yang sering meniti dibibir Mak Jemah.

Hasilnya, semua anak-anaknya memang berjaya, seperti yang Mak Jemah harapkan. Tetapi, kegembiraan Mak Jemah tak berpanjangan. Setelah anak-anaknya mendapat kerja yang hebat dan berkahwin dengan orang yg hebat-hebat, Mak Jemah tak dipedulikan. Telefon pun tidak, apatah lagi menziarahi Mak Jemah. Mak Jemah yang tiap-tiap hari menelefon anaknya, tetapi jawapan anaknya cukup memeritkan, jika dibayangkan seperti hati yang dicincang dan dikisar lumat, yang tak mungkin pulih kembali.

“Kami sibuk la mak, nanti bila mak sakit kami baliklah. Mak dah larat nanti kami balik.” Herdik Jebon.

“Mak ni asyik telefon je, tak penat ke??? Dah la tu mak,duduk diam-diam kat kampung. Bukannya saya tak bagi duit. Tiap-tiap bulan 2000 sy bagi mak. Rimas la!!” rungut Jendul.

“Sibuk betullah orang tua ni, tak reti bahasa ke. Orang kata jangan telefon, jangan telefon la. Buat malu kat suami je. Suami keluarga orang kaya, mak jangan nak buat malu.” Luah Jamaah.

“Mak, bila mak dah mati nanti, barulah saya balik. Itu pun kalau sy nak balik. Biar orang kampung yg uruskan mak. Saya malas.” Luah Jambu.

Hancur luluh hati Mak Jemah. Air mata??? Kering kontang, tak mampu mengalir. Bengkak mata yang tak surut. Hidup Mak Jemah keseorangan, suaminya telah meninggal kerana kemalangan ditempat kerja. Dengan usia yang semakin senja, Mak Jemah merindui anak-anaknya, mengharapkan perhatian anak-anaknya, tapi apakan daya. Semuanya telah terlambat, waktu tak mampu putar kembali. Suatu hari, ketika Mak Jemah meniti tangga dirumahnya, tiba-tiba Mak Jemah terjatuh, kepalanya terhantuk dibucu tangga, darah tidak henti-henti keluar. Mak Jemah merangkak perlahan mencari tuala utk menghentikan darah yang mengalir.

Dalam keadaan yang sakit, Mak Jemah menelefon Jendul; “Jendul, baliklah. Mak sakit, kepala mak berdarah. Jatuh kat bucu tangga.” Rayu Mak Jemah dengan nada yang sayu. Jendul menjawab; “Mak, dah tau tak larat. Jalanlah elok2. Kan dah jatuh, tak habis2 menyusahkan anak. Mak nak sangat mati ke? Mak dah tua, buat cara dah tua. Tak payah nak berlagak macam orang muda. Duduk diam-diam kat rumah. Jendul tak balik, mak pergi klinik sendiri. Paham?” herdik jendul. Terdiam Mak Jemah, perlahan-lahan air matanya mengalir, tak mampu ditahan. Darah masih lagi mengalir. Terdetik dalam hatinya; “Sampai hati anak-anak aku buat aku begini.”

Keesokkan harinya, ketika Mak Jemah menyapu ubat dikepalanya; dia terdengar Ustaz Siddiq Amin sedang menyampaikan kuliah di TV, dalam program Mari Bersama Ustaz Siddiq. Hati Mak Jemah terkesima apabila mendengar Ustaz Siddiq mengatakan; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membentuknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Jelas Ustaz Siddiq, setiap anak yang lahir itu adalah fitrah (yakni dalam keadaan Islam), jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam mendidik anaknya untuk terus berada dalam Islam atau sebaliknya. Bagaimana?

#berilah anak pendidikan agama, ajar anak mengenali Allah Maha Agung.

#ajarlah anak tentang Rasul Junjungan, Muhammad SAW

#ajarlah anak membaca al-Quran

#ajarlah anak mendirikan solat, kerna itu kunci kejayaan bagi orang Islam.

#ajar anak tentang syurga dan neraka, maka fahamlah anak tentang perkara yg baik itu syurga, yg mungkar itu neraka

#ajarlah anak tentang adab dan akhlak. Maka indahlah hidupnya dan disukai manusia.

Ujar Ustaz Siddiq lagi; pendidikan dunia tak salah untuk kita tekankan. Sebab itu adalah keperluan didunia. Tetapi, pendidikan agama itu adalah tiangnya. Jika tiangnya tak dibina dengan kukuh, maka rosak binasalah yang lain. Walaupun berjaya hingga ke PhD, ada kereta besar, gaji yang besar, hidup yang mewah, tetapi jika tak mengenali siapa Penciptanya, tak tahu berselawat ke atas Nabinya, tak tahu untuk membaca Wahyunya, apatah lagi untuk membukanya, tak pernah menghampar sejadah untuk sujud dan syukur dalam solatnya; maka teramatlah hina hidupnya. Tiada berkat dan rahmat dari Allah Yang Maha Agung.

Tunduk malu Mak Jemah, lemah seluruh badan. Menyesal atas dirinya, atas kesilapannya dalam mendidik anak-anaknya. “Ya Allah, adakah masih ada lagi tempat untuk aku memohon keampunan darimu Ya Allah. Aku lupa Ya Allah, aku lupa mendidik anak-anakku untuk mengenali dan beriman dengan-Mu. Ampunkan aku Ya Allah.” Dalam langkah yang perlahan Mak Jemah menuruni tangga rumahnya, berjalan perlahan menuju ke tandas untuk berwuduk setelah sekian lama ditinggalkannya. Untuk memohon taubat dalam solat taubatnya. Ketika memasuki tandas, Mak Jemah tergelincir, jatuh terlentang dan terhantuk kepalanya dibucu tandas. Mak Jemah sempat menyebut kalimah Allah. Akhirnya, Mak Jemah dijemput oleh Yang Maha Agung. Perginya dengan penuh penyesalan dan mengharapkan keampunan darin-Nya.

Setelah seminggu baru mayat Mak Jemah diuruskan, itupun selepas jiran-jiran terhidu bau busuk dari rumahnya. Perginya SEORANG IBU tanpa anak-anak disisi. Hanya jiran-jiran yang menguruskannya. Bukannya tak disampaikan berita, tapi jawapan anaknya; “Mak dah mati, mintak jiran-jiran yang uruskan. Kami tak balik. Lagi elok orang tua tu mati.” Bersemadilah Mak Jemah di dalam kubur.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

 

takdir_ilahi 1032pm/ 3 Jun 2012

Advertisements

4 thoughts on “Sejarah Mak Jemah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s