Sejarah Mak Jemah

Mak Jemah melangkah laju tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tak keruan wajahnya, berkerut dahinya. Penduduk kampung asyik memerhatikannya, berbisik sesame sendiri. Cik Latipah Gincu Hijau membisikkan sesuatu; “Kenapa ngan mak jemah tu?? Dari tadi aku tengok dia resah semacam je.” Terdengar suara mencelah; “Entahlah, aku pun tak tahu. Dengar kata anaknya dah tak pedulikan dia. Lama jugaklah anak dia tak balik.”

Cik Latipah Gincu Hijau mencelah lagi; “Eh, bukan ke anak-anak dia tu yg blajor sampai ke Amerika dulu. Sampai satu daerah dia citer. Duk puji anak dia.”

Sejarah Mak Jemah disingkap kembali;

Mak jemah mempunyai  empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Jendul, Jebon, Jambu dan Jamaah namanya. Semuanya pandai-pandai belaka, semuanya belajar sampai PhD dan mendapat pekerjaan yang hebat-hebat belaka. Semua penduduk kampung mengetahuinya. Tp disebalik kejayaan anak-anaknya itu, Mak Jemah terlupa untuk memberikan pendidikan yg menjamin anak-anaknya berjaya di dunia dan berjaya di akhirat, iaitu pendidikan agama. Continue reading