Hubungilah Dia

Telefon Syakir berbunyi, lantas dijawab oleh Syakir. “Wa`alaikumussalam. Aku kat rumah ni. Tak tahu lagi keluar atau tak. Kalau rajin keluar kot. Tengoklah macam mana.” Syakir meneruskan perbualannya. “Tahu….. menang kot Chelsea. Alah, takyah risau.. bukan dapat bonus sebulan gaji pun kalau Chelsea menang. Hahahahaha. Ok..ok.. Assalammualaikum.” Syakir tersenyum seketika. Maklumlah, ada sesuatu yang mencuit hatinya.

Teknologi makin berkembang. Semakin hari semakin canggih teknologi yang dikeluarkan oleh manusia. Perbualan dihujung jari dan sentiasa dibawa kemana-mana. 3G, 4G, Broadband dan bermacam-macam lagi benda baru yang akan muncul. Tak hairanlah, kanak-kanak yang berusia 10 tahun telah dibekalkan oleh ibu bapa dengan telefon mudah alih atau panggilan saintifiknya handphone. Ibu bapa amat prihatin terhadap kehendak anak-anaknya, dipujuk dirayu supaya membelikan gadget-gadget seperti ini. Tersenyumlah anak-anak apabila berjaya memilikinya, tambahan lagi dihadiahkan dengan PSP, PlayStation 3, Xbox apabila berjaya dalam sesuatu hal, akademik, ko-kurikulum ataupun diharijadinya.

Sedar dalam tak sedar, ada yang kita lupa untuk diberikan kepada anak-anak, keluarga dan diri sendiri. Canggih mana pun dunia, hebat mana pun sesuatu tamadun itu namun ada sesuatu yang lebih hebat, lebih kehadapan. Walaupun dunia sekarang telah mencapai 2010, namun kaedah dan cara yang dicipta oleh-NYA masih kekal hebat.  Ia masih kekal sejak dari Peristiwa Isra’ Mi’raj hinggalah sekarang seterusnya hingga ke hari akhirat.

Marilah kita sama-sama menghubungi DIA, tak perlu top-up prepaid, yuran bulanan dan pelbagai pakej bulanan. Tak perlu bersusah payah untuk mendaftar nombor, tak perlu menggunakan wang ringgit, tak perlu takut kehilangan telefon, tetapi DIA memberikan kita satu kehebatan dan nikmat yang tak dapat diberikan oleh mana-mana individu, syarikat atau sesiapa sahaja didunia ini. Kita yang menghubunginya tidak perlu membayar, bahkan dibelikan pula bonus panggilan, sama ada perseorangan atau berjemaah. Tidak terhad kepada ACTIVE10, 15Pax, 8pax, Family Plus tetapi kepada seluruh umat yang bersaksi dengan-Nya dan juga Rasul-Nya. Manakan tidaknya, dunia sekarang ini memberikan kita kemewahan, namun perlu dibayar setimpal dengan harganya, tetapi pakej yang disedikan oleh al-Khaliq cukup istimewa, yang menghubunginya tak dikenakan cas, tapi diberikan ganjaran. Maha hebat.


“Mak, abah. Nombor ape ni? Nombor sape ni? Paklong ke? Uncle ke?.” Banyak persoalan yang akan diutarakan kepada kita, maka tugas kita adalah memberikan  penerangan, didikan dan amali kepada mereka. Jawablah kepada mereka dengan jiwa kanak-kanak tetapi atas jalan Islam. Ajarlah anak-anak kita untuk menghubungi nombor ini. Kenalkan mereka kepada “DIA” yang Maha Hebat ini. Rapat dan hidupkan hati-hati mereka dengan kasih dan taqwa kepada-NYA. Mungkin ibu bapa bapa boleh menggunakan pelbagai pendekatan, contohnya mereka poster, lukiskan nombor-nombor ini dan tampalkan diruang solat. Tak mustahil ia boleh menarik anak-anak kita untuk bertanya dan memahaminya. Anak-anak akan terus bertanya dan terus bertanya, jadi jawablah dengan sebaiknya. Kadang-kadang, anak yang kecil sekitar 7 – 9 tahun memerlukan pendekatan psikologi yang membuatkan mereka berfikir untuk menarik minat, roh dan keinginan mereka untuk memahaminya.

Tak salah memberikan sesuatu yang diinginkan oleh anak-anak kita. Tapi, sebelum itu berikanlah yang asas, tiang akidah dan iman mereka, agar mereka akan terus berada di jalan-Nya, mendapat barakah, rahmat dan perlindungan daripada Yang Maha Besar. Agar disaat pemergian kita nanti, hadirlah anak-anak membawa kebaikan kebaikan kepada kita, bukanlah api yang membakar tubuh diatas perbuatan anak-anak kita sendiri. Sayang anak dirotan, kasih anak di didik, soleh&solehah anak akan membawa kesyurga. Apa yang penulis kongsikan dalam artikel kali ini adalah perkongsian bersama, untuk diri sendiri, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam. Lahirnya kita di dunia ini sebagai orang islam yang bersaksi dengan Pencipta-Nya, perlulah memberikan manfaat kepada agama-Nya, manfaat untuk masyarakat dan yang sering kita lupa, manfaat untuk keluarga sendiri.

TakdirIlahi 13 Mei 2010

Advertisements

One thought on “Hubungilah Dia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s