Kami Dari Rumah HAMZAH!!!

“Kami dari rumah Hamzah

Datang dengan satu arah

Jika kami semua rebah

Itu jihad di jalan Allah

Guru ku selalu berpesan padaku

Mesti dapat nombor satu

Kami ingin kuat, kami ingin hebat

Seperti para sahabat

Kini ternyata, kami semua

Berada di jalan-Nya”

Laungan bergema di Stadium Mini Shah Alam. Penuh semangat, satu tekad, satu semangat dan ikatan yang cuba ditonjolkan oleh team Jihad Hamzah. “Wah, bestnya Team Jihad Hamzah ni buat BattleCry. Siap slogan jihad lagi.” Kedengaran suara memuji Team Jihad Hamzah. Raut wajah penuh ceria dan kelegaan dari barisan murabbi Team Jihad Hamzah. Mana taknya, hampir sebulan lebih bertungkus lumus menggilap permata-permata agama ni supaya membuat yang terbaik.

Nak diikutkan dan bila difikirkan, boleh ke anak-anak ni buat. Tapi bila mereka melaungkan bait-bait lagu Team Jihad Hamzah ni, memang terkejut dan penuh kegembiraan. Yelah, sebelum ni tak pernah pun buat benda-benda macam ni dan tak pernah pun mengajar anak-anak sekolah wat pergerakan yang boleh dikatakan pelik. Lagi-lagi nak ajar kanak-kanak wat BattleCry untuk Sports Day. Kira pengalaman yang agak menarik jugaklah untuk tahun ni. Ni adalah kali yang ke-2 menyertai Sports Day untuk ISSA. Yang mula-mula dulu tak terasa sangat bahangnya, hari ke-4 mengajar dah join Sports Day. Tak tahu apa-apa, ikut je rentak. Tapi tahun ni menguji segala-galanya.

Kebetulan masa Sports Day cahaya mentari agak panas, hasilnya kami semua menjadi belang-belang. Kehitaman dan keputihan. Untuk tahun ni, Team Jihad Hamzah menduduki tempat ke-3, Alhamdulillah. Kami dah berusha dengan segala kekuatan, semangat dan usaha. insyaALLAH, tahun hadapan kami akan merampas takhta. ALLAHUAKBAR!!!

Tahun hadapan???Ni persoalan yang sedang bermain-main difikiran. Sedang membuat keputusan yang dirasakan agak susah. Ish2, kenapalah ia datang ketika mana hati ini sudah “jatuh cinta” dalam dunia pendidikan. Mungkin ada hikmahnya.. Mungkin tahun hadapan kaki ini masih lagi bergerak bersama anak-anak ISSA ataupun ianya hadir untuk memberi semangat. Apapun, hati ini sangat bangga menjadi pendidik kepada kamu semua. Apapun, ia adalah pengalaman yang yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup. Best dan memang best. Kepada Team Jihad Hamzah, tahniah kami ucapkan.

Advertisements

3 thoughts on “Kami Dari Rumah HAMZAH!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s