Berdiri Akhirnya…

Praapppp!!! Bunyi kerusi patah kedengaran. Kaki melangkah dengan menuju ke kelas. “Ustaz, bukan saya yang buat!” Haziq mempertahankan dirinya. “Betul, bukan saya.” Dia menegaskan sekali lagi bahawa dia tidak melakukannya. “Ustaz, tadi saya nampak, bukan haziq yang buat. Ada orang yang tolak dia.” Dzhoriff berbicara.

Inilah yang dilalui oleh seorang guru atau murabbi, setiap hari, setiap waktu bermula dari waktu persekolahan sehingga berbunyinya loceng tamat sesi persekolahan. Pelbagai situasi, keadaan dan kisah yang kadang-kadang tidak dapat dikongsikan dengan pena. Alhamdulillah, akhirnya takdir ilahi berbicara semula setelah sekian lama menghilangkan jejak. Bukan melarikan diri, tetapi sekadar menerbitkan rindu dikalangan pembaca. Hahahaha…Cuba untuk menitipkan jari-jari ciptaan-Nya, tetapi belum ada kekuatan sehinggalah ke saat ini.

Guru, tak disangka untuk melangkah kaki ke alam ini. Yang disangkakan agak mudah, hanya berbicara, menulis di white board, bagi homework dan memarahi pelajar..TETAPI, ianya lebih dari itu. Bukan senang untuk senang, bukan senang untuk menjadikan diri sebagai pendidik. Kadang-kadang hati merasakan adakah layak diri ini digelar, dipanggil dengan panggilan itu. Amanah yang dipikul, kesabaran yang diangkat lebih tinggi dari kadar biasa..Banyak untuk dikongsikan, takdir ilahi akan cuba untuk meneruskan penulisan ini dengan sokongan sahabat-sahabat semua. Bila kaki ini berdiri ini menjadi seorang guru, lantas lidah menitipan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar diri ini. Tanpa mereka, siapalah kita, tanpa mereka kita tidak seperti ini..





Advertisements

3 thoughts on “Berdiri Akhirnya…

  1. Akhirnya update juga 🙂

    lama menunggu ustaz safwan update blog ni, asyik teringat himar dan mahar je h ehe.

    camner life skrg? Dgr mengajar dgn ustaz sabah.

  2. alhamdulillah.
    dah lama menunggu karya terbaru Sang Murobbi ni.
    Daripada gambar2 nampak tersirat banyak kisah2.
    harap dapat berkongsi.
    tak sabar mahu baca 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s