Masih Adakah Harapan?

Sessungguhnya, perjuangan itu memerlukan pengorbanan

Oleh: TaKdiR iLaHi

Hongga bongga!! Hongga bongga!! Jeritan anak-anak kecil Mesir menarik perhatian Amar. Lantas Amar menoleh kebelakang, geram hatinya mula meluap-luap di dalam dirinya. Dengan secepat kilat, anak-anak Mesir tadi berlari pantas sambil menjerit slogan hongga bongga dengan penuh semangat bercampur cuak, cuak dikejar oleh Amar. “Nasib baiklah budak kecik, kalau orang besar tadi memang nak kena.” Getus hatinya.

Hongga bonga. Satu slogan sinonim yang menjadi laungan ejekan kepada pelajar Malaysia di bumi Mesir. Kebiasaannya dilaungkan oleh anak-anak kecil yang tidak mengerti apakah maksud disebaliknya. Nak tak nak, kena sabar. Kalau tak, banyaklah anak-anak kecil akan menangis pulang dek penampar pelajar Malaysia. Amar meneruskan langkahnya menuju ke rumah sahabatnya. Geramnya sudah mula hilang, tetapi gelisah hatinya semakin memuncak.

“Kenapa Syukur tiba-tiba nak jumpa aku ni? Cara dia cakap tadi macam ada sesuatu yang tak kena ye. Ni yang buat aku tak senang hati ni.” Amar memikir sendirian. Bermacam-macam persoalan bermain difikirannya, dan persoalan itu cuba dijawab olehnya. Benar atau tidak, jawapannya ada ditangan Syukur. Setibanya di rumah Syukur, ucapan salamnya dijawab dengan segera oleh sahabatnya itu. Dari riak wajah Syukur, seribu satu persoalan berlegar-legar difikiran Amar. Amar dijemput masuk dengan nada yang agak rendah. Ceria Syukur tak seperti hari-hari sebelumnya. Apakah yang berlaku sebenarnya?

“Dari mana tadi Mar? Letih nampak.” Soal Syukur. “Aku dari CC, pastu terus pergi rumah ko. Empat jam jugak la aku duduk kat CC. Baca paper, maklumlah dah nak dekat pilihanraya kecil Permatang Pauh ni. Banyaklah isu-isu menarik. Lagi-lagi Saiful Bukhari dah sumpah dengan nama Allah ni. Hangat-hangat. Geli hatipun ada.” Amar menjawab dengan penuh semangat. Amar merupakan seorang yang meminati bidang politik, tanya aje berita-berita terbaru tentang politik atau yang berkaitan dengannya, mesti akan dijawab dengan penuh bersemangat. Orang yang mendengarnya pasti akan berpuas hati.

“Bukan main semangat lagi ko Mar. Patutlah sampai empat jam duduk kat CC. Untunglah tokei CC tu.” Usik Syukur. “Mar, sebenarnya apa masalah ko ni? Aku dengar ko nak balik Malaysia, ada masalah ke? Tiba-tiba je nak balik.” Soal Syukur dengan nada yang bersemangat. “Ada hal yang nak dibincangkan dengan keluarga. Takyah risau.” Jelas Amar dengan nada yang agak lemah. Mungkin Amar cuba mengelak dari membincangkan perkara tersebut dan mungkin juga cuba merahsiakannya dari sahabat-sahabat yang lain.

“Kau balik sini balik bile? Lepas raya atau awal bulan 11?” Tanya Syukur lagi. “Tak tahu lagi. Aku takleh nak cakap. Kalau ada rezeki aku akan sampai semula kat sini. Doakanlah aku. Takpelah, aku mintak izin dulu. Aku nak balik rumah. Nak uruskan barang-barang dengan buku-buku yang aku nak pos. Ada masa aku datang lagi.” Amar tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Cuba untuk menyembunyikan perkara yang ingin diketahui oleh sahabatnya.

Semasa melangkah pulang, langkah kakinya begitu lemah. Nak dijejakkan seakan tidak mampu, nak diteruskan longlai diri. “Aku akan cuba kuatkan diri. Aku mampu.” Amar cuba memotivasikan dirinya walaupun dalam keadaan sekarang, dia begitu lemah. Mujurlah ada ibu, sahabat-sahabat yang memberi semangat. Setiap apa yang berlaku, walaupun ianya baik atau buruk tetap ada hikmahnya. Baik dan buruk itu adalah takdir dari Ilahi. DIA inginkan hambanya selalu hampir kepada-Nya, tidak kira saat susah atau senang, gembira atau sedih.

Dalam sesbuah kisah, Rasulullah pernah menasihatkan sahabatnya Ibn `Abbas dengan bersabda, mafhumnya:

Jika engkau menjaga Allah, Allah akan menjaga mu

Tak sampai sebulan lagi aku nak balik. Jika ditakdirkan aku tak dapat meneruskan perjuangan aku di sini, masih adakah harapan buat diri ini? Persoalan ini akan terjawab insyaALLAH. Ku mohon doa dan semangat dari kalian semua.

Advertisements

One thought on “Masih Adakah Harapan?

  1. salam ust sofwan!!!
    nukilan yg hadir dr hati..
    terasa..terharu..

    jgn gusar wahai temanku…
    harapan itu pasti ada…
    kau sekarang sedang diuji…
    di manakah kita ditakdikan utk pergi..
    penyata ukhuwah mg takkan dipertikaikan lg..

    bait syair..:
    kau dan aku umpama dua roh dan dua jasad
    kau meluncur laju..bayang2 terus memacu..
    tidakkan berpisah w.pon berjauhan dr pandangan..

    aturan allah itu pasti..
    hak kita adalah berdoa dan menerima..
    harapan pasti kembali..

    rindu.setiap saat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s