Kehadapan atau Kebelakang?

oleh: TaKdiR iLaHi

Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan. HAMKA

“Handzalah pergi ke medan jihad,perginya dengan para sahabat.” Nada deringan Rabbani itu menyentak mimpi indah Khairul. Baru mula mimpi beri makan himar, dah kena kacau. Sapelah yang kacau aku pagi-pagi ni. Kalau aku tau, aku silent handset aku. Getus hatinya. “Assalammualaikum. Khai, ko kat ner?” Soal Leman. “Wa`alaikumussalam. Aku kat rumah la. Takkan kat ladang anggur. Ko boleh tahan jugak. Ada apa ko tel aku pagi-pagi dhuha ni?” Tanya Khai. “Khai, natijah tahun 3 dah keluar. Bagi aku roqam julus ko (lebih kurang macam no matrik), aku tengokkan natijah ko.” Jelas Leman.

“Natijah dah keluar? Betul ke? Takpe, jap lagi aku pergi tengok sendiri. Terima kasih bagi tau.” Mata yang ingin dilelapkan semula tiba-tiba hilang. Berita yang menggerunkan segala warga al-Azhar akhirnya telah tiba jua. Kegelisahan membelunggu dirinya, degupan jantungnya bergerak dengan pantas, seakan tiupan taufan La-Nina yang pernah melanda dunia sedikit waktu dahulu. Khai bergerak pantas mempersiapkan diri. Walaupun cuba untuk menenangkan hati, namun dari raut wajahnya terpancar seribu kegelisahan.

Langkah kakinya bergerak pantas menuju ke kuliah bersama dengan sahabat yang lain. Masing-masing mendiamkan diri, mungkin cuba untuk mententeramkan hati masing-masing. Sesampainya di kuliah, Khai dan sahabat yang lain disambut dengan senyuman tawar. Senyuman yang menjelaskan maksud disebaliknya. Detik hati Khai mengatakan, aku kena kuat dengan apa jua natijah. Setelah dicari dan dipastikan namanya, terpapar nama Khairul Azman Mohammad. Wajahnya tunduk dan berlalu pergi ke satu sudut, membawa kesedihan dihati. “Aku tak naik tahun, ya ALLAH. Kuatkanlah hatiku ni.”

“Khai, sabar bebanyak. InsyaALLAH ada rezeki ko tahun depan. Lagipun ko bawak 5 madah je. Mesti ko bolehnye.” Sedikit kata semangat yang diberikan oleh sahabatnya, Tarmizi. Sedikit demi sedikit air matanya mengalir. Mungkin sedih hatinya tidak dapat ditahan lagi. “Macam mana aku nak bagi tau keluarga aku ni. Lagi-lagi abang aku. Mesti dia marah giler ngan aku.” Detik hatinya. Dengan perlahan, Khai menaip mesej..

Salam, abg long, Khai minta maaf kat mak abah, kat abg long. Khai tak najah, tak dapat naik tahun. Khai bawak 5 madah (subjek), Tafsir, Fiqh Syafi`ie, Tauhid, Fiqh Muqarin dengan Qa`ah Bahas.

Dalam nada yang sayu, Khai menundukkan kepala, sedikit demi sedikit air matanya mengalir. “Ya ALLah, kuatkanlah hatiku ini.” Detik hatinya. Dibiarkan air matanya mengalir, dibiarkan hatinya meraung kesedihan, dibiarkan hatinya meluahkan segala yang ada di dalamnya. Khai mendongak kelihatan, kelihatan sahabat-sahabatnya yang berjaya, semuanya tersenyum gembira, dan senyuman kegembiraan ini juga akan dirasai oleh ahli keluarga mereka.

 

Dalam jiwa yang masih kesayuan, Khai melangkah perlahan. Langkahnya cuba digagahi. “Jom balik skali.” Pelawa Rahim. “Bolehje.” Kata Khai. Dalam perjalanan pulang, pelbagai perkara bermain difikirannya. Harap-harap mak aku tak marah dan bagi semangat kat aku, begitu juga abang-abang aku.Vibrate handsetnya menyentak lamunannya. “Ko study takni. 5 madah tak lepas. Aku dah cakap dulu, study kat Malaysia je. Ko tak nak, degil. Tengok sekarang. Kau balik Malaysia yelah.”

Langkah Khai terhenti, langkahnya lemah, kakinya kaku membaca mesej dari abg longnya. Mungkin mesej tersebut amat-amat menyedihkan hatinya. Mungkin Khai mengharapkan kata-kata semangat dan dorongan dari abang-abangnye, namun hajatnya tidak kesampaian. Bagaimanakah langkahmu sekarang? Terus kehadapan atau kebelakang. Kehadapan, meneruskan perjuangan di bumi al-Azhar, kebelakang, aku pulang ke Malaysia, menjadi diri aku yang dahulu.

Hampir seminggu berlalu, keputusan masih belum dibuat, sama ada pulang ke Malaysia atau meneruskan pengajian di bumi al-Azhar al-Syarif. Khai masih lagi tak dapat menghubungi ibunya di Malaysia. Evoiz mengalami masalah teknikal. Hatinya risau kerana tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kepada ibunya, situasi dan keadaan pengajian di al-Azhar yang amat-amat berbeza dengan universiti lain. Sistem pembelajaran, sistem pemarkahan yang 100% di atas kertas jawapan, tiada markah kehadiran, kerja kursus (assigment) atau sewaktu dengannya. Sistem inilah yang tidak difahami oleh segelintir ibu bapa.

“Aku akan cuba menjelaskan keadaan sebenar kat mak aku, mudah-mudahan mak aku paham dan bagi aku peluang untuk mencuba kali yang ke-2, mudah-mudahan Allah memudahkan segalanya.”

Segalanya masih belum bertemu noktahnya, langkah kehadapan atau kebelakang?

Advertisements

One thought on “Kehadapan atau Kebelakang?

  1. jazakallah akhi..
    post yg menginsafkan..ketahuilah,stiap apa yg blaku,ade hikmahNya..Allah maha mengetahui ape yg tbaik bt hamba2Nya..yg pasti RahmatNya lebih luas utk hamba2Nya dr segala2nya. kite hidup utk menerima ujianNya..kite di dunia utk cari redhaNya..teruskan perjuangan,akhi…sahabat2 yg memahami ade disekelilingmu..
    insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s