Selangkah Aku

Oleh: TaKdiR ILaHi

Selangkah yang aku lalui dahulu, sedikit sebanyak membawa aku ke satu arah yang aku sendiri tidak tahu kesudahannya. Langkah yang ku lalui sekarang, dalam perit bercampur gembira kerana jalan yang aku cuba cari telah ku temui. Sedikit sebanyak, noktah silam yang telah dilalui mampu digilap semula dengan nada dan suasana yang baru ini. Alhamdulillah. Detik hati Nazrul. Baringannya malam ini tidak selena semalam dan hari-hari yang sebelumnya. Walaupun jam hampir menunjukkan pukul 3 pagi, namun matanya cukup ingkar untuk dilenakan.

“Ya Allah, bagilah ketenangan hati, jiwa dan kehidupan pada hamba-Mu ini.” Doanya dalam hati. Munajat seorang hamba yang hanya memohon pada-Nya, seperti mana yang telah difirman oleh Allah SWT di dalam Surah al-Fatihah, ayat 4 yang bermaksud:

Kepada Engkaulah aku sembah dan kepada Engkaulah aku memohon pertolongan.

Dalam setiap rangkap Ummu al-Kitab ini, terpancar kesempurnaannya. Bermula dengan pujian kepada Yang Maha Esa dan berakhir dengan memohon kepada-Nya supaya dipimpin pada Sirat al-Mustaqim, iaitu jalan orang yang telah diberi nikmat tetapi bukan jalan yang telah dimurkai oleh-Nya dan juga jalan-jalan orang yang sesat dari hidayah Allah SWT. Semoga kita dipimpin di atas jalan Sirat al-Mustaqim.

Dalam usahanya memohon kepada Yang Maha Esa, kepayahan yang dilalui akhirnya berakhir jua. Nazrul lena dalam alunan angin malam. Detik seruan subuh semakin hampir, selimut tebal semakin ditarik ke atas. Kelenaan tidurnya sedikitpun terganggu. “Allahu akbar Allahu akbar” Azan subuh mula berkumandang. Muazzin mengalunkan seruan yang telah dilaungkan oleh Bilal bin Rabah ketika dulu. Nazrul seakan tersentak dengan laungan muazzin. “Hayya `alassolah…………….” “Dah subuh rupanya. Rasa macam baru je lelap.” Detik hatinya. Mengantuknya, jerit hatinya lagi. Dalam keadaan dirinya yang masih ketidak sedaran, dia cuba untuk melangkah bangun.

“Selangkah aku sekarang dan selangkah aku dahulu berbeza. Ya Allah, pimpinlah hamba mu ini.” Akhirnya, dalam kepayahan dirinya untuk berjuang di subuh hari, berjaya di tempuhi. Dalam langkah yang semakin ampuh, Nazrul melangkah menuju rahmat Allah. Noktah silamnya dijadikan pedoman dan apa yang dia telah kecapi sekarang, ucapan syukur dipanjatkan kepada-Nya.

Advertisements

One thought on “Selangkah Aku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s